Tiada Lagi Kandungan Baru Untuk Pengguna PlayStation Home Di Asia Selepas Mac 2014

Tiada Lagi Kandungan Baru Untuk Pengguna PlayStation Home Di Asia Selepas Mac 2014

Diterbitkan pada Ogos 31, 2013 oleh .

PlayStation Home merupakan salah satu perkhidmatan dunia sosial maya untuk pengguna konsol PlayStation 3. Namun, nampaknya ia seperti tidak menerima sambutan yang begitu hangat, dan kini Sony Computer Entertainment mengumumkan ia akan menghentikan penawaran kandungan baru untuk pengguna di Asia.

Melalui pengumuman daripada pihak SCE, ia dikatakan yang mana untuk pengguna Jepun, tiada lagi kandungan baru akan ditawarkan selepas September 2013, dan untuk pengguna Asia yang lain, tiada lagi kandungan baru selepas Mac 2014.

Ia tidak diketahui sama ada ia akan memberikan impak yang besar kepada pengguna PlayStation 3 ataupun tidak. Ia juga tidak diketahui sama ada pihak SCE mempunyai perancangan tersendiri untuknya, apatah lagi dengan konsol baru daripada Sony yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN