Cari @ Amanz

Terdapat beberapa extension dan add-on pelayar web yang sedia menambah beberapa fungsi menarik pada halaman YouTube. Kini, salah satu yang menarik dan memberikan pelbagai kawalan kepada pengguna adalah YouTube Center.

YouTube Center

Dengan memasang YouTube Center, ia menambah sebuah halaman tetapan khas, membolehkan pengguna membuat tetapan seperti saiz paparan video, kualiti video, dan beberapa perkara lain pada halaman YouTube.

Pengguna juga turut sama boleh memuat-turun video di YouTube melalui sebuah butang khas yang ditambah oleh YouTube Center ini pada bahagian bawah video.

Menu YouTube Center

YouTube Center

Menariknya, ia juga turut sama membawakan beberapa sokongan yant telah ditamatkan oleh YouTube, termasuk kebolehan untuk buffer sesuatu video sebelum dimainkan melalui fungsi yang dinamakan Dash Playback.

YouTube Center ditawarkan untuk pelbagai pelayar web utama, termasuk Chrome, Firefox, Internet Explorer, Opera dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd