“Lensa-Kamera” Daripada Sony Akan Dinamakan Sebagai “Smart Shot”?

“Lensa-Kamera” Daripada Sony Akan Dinamakan Sebagai “Smart Shot”?

Diterbitkan pada Ogos 31, 2013 oleh .

Pada IFA 2013 yang akan diadakan pada minggu hadapan, Sony bakal mengambil pentas utama dan mengumumkan beberapa peranti baru. Salah satunya adalah “lensa-kamera” yang boleh dihubungkan kepada telefon pintar dan digunakan untuk merakamkan gambar dengan kualiti rakaman yang lebih baik.

Sony Smart Shot

Kini, beberapa info tambahan mengenai ia diperlihatkan. Salah satunya adalah penggunaan nama, iaitu ia akan dinamakan sebagai “Smart Shot”, membawakan gabungan antara nama smartphone dan juga Cybershot.

Ia bakal menyokong peranti Android dan juga iOS, melalui penggunaan sebuah aplikasi khas dinamakan PlayMemories. Smart Shot ini boleh dihubungkan melalui WiFi atau NFC pada telefon pintar pengguna.

Lensa-kamera ini dikatakan boleh merakamkan video dalam format 1080p/MP4, selain mana gambar yang dirakamkan pula akan disimpan secara automatik dalam memori kamera dan juga telefon pintar.

Pengumuman rasmi Smart Shot ini dijangka akan mengambil tempat bersama-sama pengumuman telefon pintar Honami. Sekiranya bertuah, mungkin kita akan melihat sama ia dipertontonkan kepada media tempatan pada acara khas 5 September ini.


TIPS & ULASAN