Alcatel Terus Menambah Portfolio Peranti Baru – Idol S Dan Idol Mini

Alcatel Terus Menambah Portfolio Peranti Baru – Idol S Dan Idol Mini

Diterbitkan pada Sep 1, 2013 oleh .

Alcatel kelihatan agak aktif pada tahun ini, dengan pengumuman beberapa peranti baru berasaskan Android. Hari ini, mereka dilihat menambah lagi beberapa peranti baru, iaitu One Touch Idol Mini dan juga One Touch Idol S.

Alcatel One Touch Idol Mini

Alcatel One Touch Idol Mini mengikut rekabentuk Idol X yang diperlihatkan baru-baru ini, tetapi membawakan perbezaan dari segi saiz. Ia membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 854×480 pixel, selain mana turut dilengkapi dengan kamera 5-megapixel, memori sebanyak 512MB RAM dan juga storan terbina sebesar 8GB.

idol-s

Alcatel One Touch Idol S pula bersaiz sedikit besar, iaitu membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz dan juga memori 1GB RAM. Ia turut dilengkapi dengan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan.

Selain kedua-dua telefon pintar ini, pihak Alcatel juga dilihat menambah portfolio tablet mereka, dimana mereka telah pun memperkenalkan Alcatel One Touch 8 Evo HD, yang mana hadir dengan skrin HD bersaiz 8-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz, selain mana turut didatangkan dengan sokongan rangkaian LTE.

evo-8-hd

Ke semua ini dijana menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean.


TIPS & ULASAN