Carian
LG Memperkenalkan Tablet “LG G Pad 8.3”
September 1, 2013 Aman

Selepas hadir sebuah iklan video promosi untuk tablet LG G Pad 8.3 sebelum ini, hari ini, LG secara rasminya mengumumkan tablet terbaru mereka dibawah keluarga G-Series. Seperti pada namanya, ia membawakan saiz skrin bersaiz 8-inci dengan sokongan paparan HD penuh.

G Pad hadir dengan resolusi 1920×1200 pixel, membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz Snapdragon 600, dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4600mAh.

LG juga turut menyertakan sebuah aplikasi khas dinamakan sebagai QPair, membolehkan pengguna melihat panggilan dan mesej yang diterima pada telefon pintar. Aplikasi ini menyokong semua telefon pintar berasaskan Android Jelly Bean.

LG G Pad 8.3 akan dijual di pasaran global bermula suku ke-4 2013 ini, dan harganya masih tidak diketahui lagi.

LG G Pad 8.3

Komen