Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, gambar peranti HTC Zara telah tertiris ke arena web, dan kini, menurut @EVLeaks, telefon pintar terbaru daripada HTC ini kelak akan dipasarkan dengan nama HTC Desire 601.

HTC Zara

Mengikut laporan awal, telefon pintar ini akan hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, menjalankan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, dan dilengkapi kamera 8-megapixel.

Apa yang menariknya, ia dikatakan peranti ini akan menjalankan Android 4.3 Jelly Bean, serta dilengkapi Sense 5.5.

Sebelum ini, pihak HTC Malaysia telah sedia melancarkan Desire 600 untuk pasaran tempatan, dan sekiranya ia menggunakan jenama 601, maka mungkin kita akan dapat melihat perbezaan yang tidak jauh beza dari segi harga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd