Cari @ Amanz

Lanjutan daripada beberapa ura-ura dan desas-desus mengatakan Samsung akan hadir dengan tablet bersaiz 12-inci, kini sebuah gambar tertiris, sekaligus memberikan idea bagaimanakah ia akan kelihatan kelak.

Samsung Galaxy Note 12.2

Mengikut spekulasi sebelum ini, tablet bersaiz 12-inci dijangka akan menyertakan paparan beresolusi 2560×1600 pixel serta dilengkapi dengan cip pemprosesan Exynos 5 Octa.

Gambar yang tertiris ini juga memperlihatkan butang fizikal diperlihatkan untuk penggunaan secara mendatar, dan mungkin dihadirkan denga fungsi untuk digunakan sebagai pemain media. Penggunaan nama Galaxy Note juga memberikan idea yang mana ia mungkin membawakan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh pihak Samsung melalui produk akhir mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd