Viki merupakan salah satu perkhidmatan video di kalangan peminat drama Jepun dan juga Korea, dimana ia menawarkan pelbagai jenis drama bersama-sama sokongan komuniti yang kuat untuk tujuan sari kata dan sebagainya. Kini dilaporkan, Rakuten akan mengambil-alih perkhidmatan tersebut.
Rakuten sedia menawarkan perkhidmatan e-dagang mereka di Malaysia, dan nampaknya gergasi tersebut ingin bukan sahaja menawarkan perkhidmatan e-dagang, tetapi ingin terus menambah portfolio mereka.
Daripada laporan awal, ia dikatakan Rakuten membayar sehingga $200 juta untuk tujuan pengambil-alihan tersebut.
Sebelum ini, Viki turut sama mengumumkan kerjasama dengan MSN Malaysia dalam menawarkan kandungan video kepada pengguna tempatan.