Pembangun Megaman Memulakan Pengumpulan Dana Untuk Permainan Baru

Pembangun Megaman Memulakan Pengumpulan Dana Untuk Permainan Baru

Diterbitkan pada Sep 2, 2013 oleh .

Keiji Inafune sebelum ini pernah terlibat dalam pembangunan lebih 30 permainan Megaman sejak daripada versi pertama tahun 1987. Kini, beliau mengetuai sebuah projek permainan baru, dinamakan sebagai Mighty No.9 yang mana memulakan pengumpulan dana untuknya melalui Kickstarter.

Mighty No.9

Melalui permainan baru ini, ia memperlihatkan yang mana bentuk permainannya lebih kurang menyerupai plot permainan Megaman, selain mana rekabentuk watak untuknya yang lebih kurang sama.

Untuk pengumpulan dana permainan Mighty No.9 ini, pengguna umum hanya perlu menyumbang sebanyak $20 untuk mendapatkan permainan tersebut dalam bentuk digital.

Bagi anda yang berminat dengan genre side-scrolling mungkin ia akan serba sebanyak akan menarik minat anda.

Keiji Inafune mensasarkan untuk mengumpulkan $900,000 dalam masa 30 hari. Tetapi, dalam hari pertama ia diperkenalkan ini, ia telah pun melangkaui angka $800,000.


TIPS & ULASAN