Samsung Menerbitkan Video Teaser Pertama Untuk IFA 2013

Samsung Menerbitkan Video Teaser Pertama Untuk IFA 2013

Diterbitkan pada Sep 2, 2013 oleh .

Dengan acara IFA 2013 yang akan mengambil tempat dalam beberapa hari lagi, hari ini Samsung melalui saluran YouTube mereka menerbitkan sebuah video teaser baru bersempena dengannya.

Apa pun, tiada sebarang perkara yang memberikan idea mengenai apakah bakal diumumkan oleh Samsung diperlihatkan melaluinya. Untuk makluman, ramai yang sedia menantikan pengumuman Galaxy Note 3, dan juga Galaxy Gear pada acara berkenaan.

Melalui video yang diterbitkan, Samsung memperlihatkan beberapa watak makhluk asing yang bekerja di Samsung, dan mengakhir ia dengan tema “Discover The World of Possibilities”.

Jadi, bagi anda, apakah yang ingin dibawakan oleh video teaser ini? Adakah ia menjawab mengapa Samsung menggunakan tema “Designed for Humans” untuk peranti Galaxy S3 mereka sebelum ini?


TIPS & ULASAN