Acer Mengumumkan Liquid S2 Dengan Sokongan Rakaman Video 4K

Acer Mengumumkan Liquid S2 Dengan Sokongan Rakaman Video 4K

Diterbitkan pada Sep 2, 2013 oleh .

Acer telah memperkenalkan Liquid S1 pada Computex sebelum ini, dan kini gergasi komputer dari Taiwan tersebut telah pun mengumumkan Liquid S2, dimana menariknya ia hadir dengan sokongan rakaman video 4K, sekaligus menjadi antara yang terawal membawakan sokongannya.

Acer Liquid S2

Dari segi spesifikasi, Acer Liquid S2 ini menyertakan cip pemprosesan 2.2GHz Snapdragon 800, sokongan paparan HD penuh, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Sokongan rangkaian LTE turut disertakan pada peranti yang membawakan bateri berkapasiti 3300mAh ini.

Peranti ini turut menyertakan beberapa fungsi khas, termasuk salah satunya dinamakan “Quick First Shot”, membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan tap mana-mana bahagian pada lockscreen, sekaligus mengelakkan anda terlepas sesuatu detik istimewa. Aplikasi Evernote, Skitch dan Polaris Office turut disertakan pada peranti berkenaan.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah peranti bersaiz 6-inci ini akan hadir ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN