Imej Akhir Peranti Sony Xperia Z1 “Honami” Diperlihatkan

Imej Akhir Peranti Sony Xperia Z1 “Honami” Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 3, 2013 oleh .

Dengan pelbagai gambar Xperia Z1 “Honami” yang sedia tertiris ke arena web, kini hadirnya sebuah imej, dikatakan sebagai imej akhir untuk Xperia Z1 “Honami” yang bakal diumumkan oleh Sony dalam masa kurang dua hari lagi.

Xperia Z1 Honami

Seperti semua sedia maklum, ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800, serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh. Dari segi kamera pula, peranti ini bakal menyertakan kamera 20-megapixel bersama-sama dengannya.

Menariknya adalah dimana Sony membuat pengumuman ini serentak dibeberapa buah negara seluruh dunia, dan Malaysia merupakan salah satunya. Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada pengumuman baru Sony bersempena IFA 2013 pada hari Khamis ini – 5 September.


TIPS & ULASAN