Cari @ Amanz

Apple sedia dikatakan akan hadir dengan telefon pintar iPhone 5C yang mensasarkan pengguna di negara-negara membangun, serta ditawarkan dalam beberapa pilihan warna. Kini, beberapa gambar baru hadir, memperlihatkan ia sekali lagi dengan lebih dekat.

Apple iPhone 5C

Melalui gambar baru ini, ia memperlihatkan bungkusan iPhone 5C, selain mana turut menunjukkan ia akan dilengkapi dengan iOS 7, serta menggunakan gambar latar yang diselarikan dengan warna telefon pintar berkenaan.

iPhone 5C

Telefon pintar iPhone 5C ini dijangka akan menyertai iPhone 5S dalam acara pengenalan yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan – 10 September.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd