HTC Desire 601 Diumumkan Secara Rasmi

HTC Desire 601 Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 3, 2013 oleh .

HTC hari ini mengumumkan secara rasmi, satu lagi peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada mereka, iaitu HTC Desire 601, ataupun yang mana dikenali dengan nama kod “HTC Zara” sebelum ini.

HTC Desire 601

HTC Desire 601 didatangkan bersama-sama skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 960×540 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz Snapdragon 400, memori 1GB RAM, dan dilengkapi kamera 5-megapixel. Peranti ini dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean serta didatangkan dengan Sense 5.0 yang turut membawakan HTC Zoe dan juga Blinkfeed.

HTC Desire 601 yang turut dilengkapi dengan sokongan LTE ini bakal dijual pada bulan Oktober dibeberapa negara sekitar Asia dan Eropah. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti yang ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam dan merah ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN