HTC Desire 300 Diperkenalkan Dengan Sokongan BlinkFeed

HTC Desire 300 Diperkenalkan Dengan Sokongan BlinkFeed

Diterbitkan pada Sep 3, 2013 oleh .

Selain daripada HTC Desire 601, pihak HTC juga turut menambah tawaran peranti pada spesifikasi rendah dan memperkenalkan sebuah telefon pintar terbaru, dinamakan sebagai HTC Desire 300.

HTC Desire 300

HTC Desire 300 membawakan skrin sentuh bersaiz 4.3-inci, dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras dan juga didatangkan bersama-sama 5-megapixel.

Selain daripada rekabentuk yang agak menarik, HTC Desire 300 juga turut membawakan sokongan Blinkfeed, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini berita dari laman web mahupun dari laman sosial dengan mudah.

Peranti ini dijangka akan dipasarkan kepada umum pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN