Video Pertama Hadir Memperlihatkan Sokongan BBM Pada Android

Video Pertama Hadir Memperlihatkan Sokongan BBM Pada Android

Diterbitkan pada Sep 3, 2013 oleh .

BlackBerry Messenger sedia diketahui ramai akan hadir ke Android dan juga iOS, dan kini sebuah video diperlihatkan menunjukkan sokongan perkhidmatan permesejan BBM pada peranti Android.

Daripada apa yang diperlihatkan, BBM untuk Android membawakan rekabentuk dan antaramuka menyerupai versi pada Blackberry 10, disamping mana turut menyertakan sokongan menambah rakan melalui NFC.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah BBM akan dilancarkan secara rasmi untuk Android. Namun, dengan video ini hadir, mungkin kita akan melihat ia dilancarkan secara rasmi untuk Android dan iOS tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN