Hari ini, boleh dikatakan Nokia mendapat perhatian ramai, apatah lagi dengan pengumuman Microsoft untuk mengambil-alih sebahagian perniagaan Nokia. Kini, @EVLeaks pula hadir dengan sebuah paparan skrin peranti Windows Phone, dan melabelkannya sebagai “Bandit”.
Seperti umum sedia maklum, sebelum ini ia telah dikatakan Nokia akan hadir dengan phablet bersaiz 6-inci, dimana dikenali dengan nama kod “Bandit”.
Melalui imej yang dikongsikan, ia memperlihatkan saiz paparan sehingga 1080×1920, sekaligus menunjukkan yang mana phablet daripada Nokia kelak akan membawakan skrin dengan sokongan paparan 1080p yang sedia menjadi trend akhir-akhir ini.
Pada masa yang sama, perkara lain yang turut tampak adalah sokongan lebih banyak lajur dan jalur, yang mana salah satu perkara yang biasa memandangkan saiz skrin lebih besar.