Apple Mula Menghantar Jemputan Untuk Acara Khas Pada Minggu Hadapan

Apple Mula Menghantar Jemputan Untuk Acara Khas Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 4, 2013 oleh .

Apple Event - 11 SeptemberSeperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini pihak Apple telah pun mula menghantar emel jemputan kepada media antarabangsa untuk hadir ke sebuah acara khas yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Pada acara berkenaan, Apple dijangka akan memperkenalkan telefon pintar iPhone mereka yang terbaru, disamping dilancarkan bersama-sama dengan iOS 7 yang telah sedia diumumkan sebelum ini.

Selain itu, Apple juga dijangka akan hadir dengan sebuah peranti bajet, dinamakan sebagai iPhone 5C.

Seperti sebelum ini, mungkin kita akan dapat melihat acara tersebut turut ditayangkan melalui beberapa medium untuk pengguna seluruh dunia menontonnya.

Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman perkara baru daripada Apple pada minggu hadapan – 11 September.


TIPS & ULASAN