Sebelum ini, ramai membuat spekulasi yang mana Android versi seterusnya akan dikenali dengan nama “Key Lime Pie”. Namun, nampaknya ia tidak menjadi kenyataan, apabila kini Sundar melalui Google+ berkongsi mengatakan nama Android akan datang akan dikenali sebagai “KitKat”.
Pada masa yang sama, sebuah halaman khas telah disediakan untuk Android KitKat ini, dan ia akan menggunakan angka Android 4.4. Tiada sebarang perkara yang dikongsikan mengenai apakah yang akan dibawakan oleh Android KitKat kelak.
Bersama-sama dengan pengumuman ini, Sundar juga turut berkongsi mengatakan yang mana kini angka pengaktifan Android mencapai 1 billion di seluruh dunia.
Jadi, apa kata anda mengenai penggunaan nama Android KitKat ini?