Selain pengumuman nama Android 4.4 KitKat, pihak Google juga turut sama telah menambah sebuah video khas, memperlihatkan pemasangan patung Android KitKat di hadapan pejabat mereka.
Seperti biasa, ia dipenuhi dengan ramai orang dan pekerja Google merakamkan perkara tersebut, dan melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan sebuah peranti baru yang dilabelkan sebagai Nexus turut diperlihatkan.
Daripada apa yang ditunjukkan, ia kelihatan membawakan tulisan Nexus secara mendatar, sama seperti pada Nexus 7, selain mana kelihatan seperti menyertakan logo LG pada bahagian bawah.
Jadi, adakah ia peranti baru Nexus daripada Google?