Video Lensa-Kamera Dari Sony Tertiris – Menunjukkan Pelbagai Cara Menggunakannya

Video Lensa-Kamera Dari Sony Tertiris – Menunjukkan Pelbagai Cara Menggunakannya

Diterbitkan pada Sep 4, 2013 oleh .

“Lensa-Kamera” ataupun yang turut dipanggil sebagai “Smart Shot” telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini dengan kurang 10 jam sebelum pengumuman rasmi pihak Sony, sebuah video iklan untuknya tertiris ke arena web.

Daripada apa yang diperlihatkan melalui video berkenaan, ia menunjukkan pelbagai cara untuk menggunakan lensa tersebut, yang mana boleh dihubungkan ke telefon pintar melalui sokongan NFC.

Ketika pelancaran, dua model berbeza akan ditawarkan iaitu QX10 dan juga QX100. Mengikut ura-ura awal, QX10 dijangka akan ditawarkan pada harga lebih rendah, membawakan sokongan optikal 18.2-megapixel Exmor R dengan zoom sehingga 10x. QX100 pula dijangka akan menyertakan kamera 20.2-megapixel Exmor R CMOS.

Kedua-duanya bakal menyokong Android dan juga iOS, dan akan dihubungkan melalui aplikasi Sony PlayMemories.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai lensa-kamera ini ketika pelancarannya malam ini.


TIPS & ULASAN