LINE Mengumumkan Kerjasama Dengan Pasukan Bola Sepak Barcelona FC Dan Real Madrid FC

LINE Mengumumkan Kerjasama Dengan Pasukan Bola Sepak Barcelona FC Dan Real Madrid FC

Diterbitkan pada Sep 4, 2013 oleh .

Dalam usaha untuk terus menambah angka pengguna perkhidmatan permesejan LINE, kini mereka mengumumkan kerjasama dengan dua pasukan bola sepak terkemuka, iaitu Barcelona FC dan juga Real Madrid FC.

Dengan pengumuman kerjasama ini, mereka akan memperkenalkan sebuah akaun LINE rasmi, membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini langsung melaluinya.

Disamping itu, pihak LINE juga akan menawarkan beberapa stiker percuma yang memaparkan pasukan Barcelona FC dan juga Real Madrid FC untuk digunakan bersama-sama perkhidmatan permesejan tersebut.

Sebelum ini, pihak WeChat turut melakukan perkara sama, tetapi hanya memilih seorang pemain sahaja, iaitu Messi.

Mungkinkah dengan pemilihan pasukan bola sepak ini, ia sekaligus akan menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan permesejan LINE?


TIPS & ULASAN