Alcatel One Touch Idol X Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1099

Alcatel One Touch Idol X Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1099

Diterbitkan pada Sep 4, 2013 oleh .

Setelah memperlihatkan peranti Alcatel One Touch Idol X kepada media pada minggu lepas, hari ini, pihak Alcatel telah pun melancarkan secara rasmi peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan telefon pintar berasaskan Android itu.

Alcatel One Touch Idol X menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, dilengkapi skrin bersaiz 5-inci HD penuh, kamera 13.1-megapixel, serta didatangkan dengan antaramuka khas daripada Alcatel.

Di Malaysia, Alcatel One Touch Idol X akan ditawarkan secara eksklusif melalui Lazada pada harga RM999 selama dua minggu. Selepas tempoh eksklusif tamat, ia akan ditawarkan melalui para pengedar tempatan seluruh negara.


TIPS & ULASAN