DiGi Mensasarkan Liputan LTE Seluas 50% Di Malaysia Menjelang Penghujung 2017

DiGi Mensasarkan Liputan LTE Seluas 50% Di Malaysia Menjelang Penghujung 2017

Diterbitkan pada Sep 4, 2013 oleh .

Selepas Maxis dan juga Celcom, DiGi telah menawarkan perkhidmatan LTE mereka untuk beberapa lokasi yang terhad di sekitar Lembah Klang. Dan kini, pihak DiGi berkongsi beberapa perkara mengenai perancangan mereka untuk rangkaian LTE di Malaysia.

Daripada apa yang dikongsikan melalui TheStar, ia dikatakan DiGi mensasarkan untuk mempunyai lebih kurang 1500 tapak dengan sokongan LTE menjelang penghujung 2014. DiGi juga dilihat mensasarkan untuk mencapai liputan sebanyak 50% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang penghujung 2017 kelak.

Selain daripada LTE, pihak DiGi juga dilihat ingin terus menambah baik rangkaian 3G mereka. Ia dikatakan pihak DiGi akan menawarkan rangkaian 3G yang lebih baik, disamping mensasarkan untuk mencapai liputan 75% di Malaysia menjelang penghujung 2013 ini.


TIPS & ULASAN