Sony Xperia Z1 Diumumkan Secara Rasmi

Sony Xperia Z1 Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 4, 2013 oleh .

Sony hari ini telah mengambil pentas utama di IFA 2013, sekaligus memperkenalkan telefon pintar terbaru yang dinantikan ramai – Xperia Z1 yang turut dikenali dengan nama Honami sebelum ini.

Xperia Z1

Sony Xperia Z1 membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip Snapdragon terkini dan dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean.

Menariknya pada Xperia Z1 adalah fokus pada bahagian kamera, dimana ia didatangkan dengan kamera 20.7-megapixel G-Sensor, serta dilengkapi pemproses imej BIONZ. Ia dikatakan kamera pada telefon pintar ini membolehkan zoom dilakukan sehingga 3x tanpa efek pada kualiti imej.

Beberapa sokongan lain termasuklah kebolehan untuk burst rakaman sehingga 61 imej dalam masa 2 saat.

Kami akan membawakan kemaskini semasa dan pandang pertamanya melalui acara pelancaran rasmi yang akan diadakan pada awal pagi esok di Malaysia.


TIPS & ULASAN