Galaxy Gear Diumumkan Bersama-sama Pelbagai Sokongan Aplikasi Menarik

Galaxy Gear Diumumkan Bersama-sama Pelbagai Sokongan Aplikasi Menarik

Diterbitkan pada Sep 5, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Galaxy Note 3, pihak Samsung turut sama mengumumkan jam tangan pintar mereka, Galaxy Gear. Berbeza dengan peranti prototaip sebelum ini, ia tampak lebih kemas, disamping menyertakan skrin bersaiz hanya 1.63-inci.

Galaxy Gear

Galaxy Gear ini menyertakan skrin dengan resolusi 320x320pixel, selain mana turut membawakan sokongan kamera 1.9-megapixel, dan didatangkan dengan dua mikrofon dan satu speaker. Ia dihubungkan melalui sokongan Bluetooth 4.0 BLE, dan dilengkapi memori 512MB RAM dan ruangan storan 4GB.

Melalui speaker terbina, ia membolehkan pengguna membuat panggilan hands-free, disamping mana turut membolehkan pengguna mengawal jam tangan pintar mereka menggunakan S-Voice. Sensor terbina pada peranti ini turut membolehkan pelbagai perkara dinilai, termasuk untuk digunakan bagi tujuan kesihatan dan sukan.

Salah satu perkara menarik yang turut didatangkan bersama Galaxy Gear adalah sokongan aplikasi, dimana lebih 70 diumumkan, termasuk sokongan aplikasi popular seperti RunKeeper, Evernote, Path dan beberapa yang lain.

Samsung Galaxy Gear dijangka akan dilancarkan bersama-sama Galaxy Note 3 bermula penghujung September ini dipasaran seluruh dunia


TIPS & ULASAN