Samsung Memperkenalkan Versi Kemaskini Galaxy Note 10.1

Samsung Memperkenalkan Versi Kemaskini Galaxy Note 10.1

Diterbitkan pada Sep 5, 2013 oleh .

Pada Samsung Unpacked hari ini, gergasi dari Korea Selatan tersebut juga turut sama hadir dengan kemaskini kepada tablet Galaxy Note 10.1 mereka, dimana kini menyertakan kemaskini dari segi spesifikasi dan juga beberapa kandungan percuma padanya.

Galaxy Note 10.1 hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean, selain mana turut membawakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 2560×1600 pixel, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan seperti biasa, sokongan S-Pen. Dari segi pemprosesan pula, versi 3G menyertakan pemprosesan sepantas 1.9GHz empat-teras, manakala versi LTE pula 2.3GHZ empat-teras.

Galaxy Note 10.1

Galaxy Note 10.1 turut hadir dengan beberapa kandungan tambahan, termasuk daripada Bloomberg, New york Times, Autodesk Sketchbook dan juga klien Twitter yang dioptimasikan untuk skrin tablet. Samsung turut mengatakan ia akan menyertakan sebuah widget khas yang akan menawarkan kandungan percuma kepada para pengguna mereka melaluinya.

Seperti Galaxy Note 3, ia turut dilengkapi dengan sokongan sekuriti Samsung KNOX.

Samsung hanya sekadar mengatakan ia akan hadir ke pasaran global bermula suku ketiga 2013 ini.

Galaxy Note 10.1


TIPS & ULASAN