Cari @ Amanz

Samsung sedia mengumumkan phablet terbaru mereka, Galaxy Note 3 bersama-sama jam tangan pintar, dinamakan sebagai Galaxy Gear. Ia dijangka akan dilancarkan di beberapa negara utama seluruh negara pada penghujung September ini, dan kelihatan Malaysia merupakan salah satu daripadanya.

Galaxy Note 3

Ketika pengumuman, pihak Samsung mengatakan sebanyak 140 buah negara akan menerimanya bermula penghujung September ini, dan melalui rakan kami di LowyatNET yang berada pada acara pelancaran tersebut, mereka mengesahkan yang mana kedua-dua peranti ini akan dilancarkan di Malaysia pada 25 September kelak.

Perkara ini mungkin bukan sesuatu yang baru, memandangkan Malaysia sedia terkenal sebagai pasaran Samsung yang agak besar. Sebelum ini, pihak Samsung turut melancarkan Galaxy S4 terawal di Malaysia pada bulan April lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd