Sony SmartWatch 2 Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Pertengahan Oktober

Sony SmartWatch 2 Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Pertengahan Oktober

Diterbitkan pada Sep 5, 2013 oleh .

Sony hari ini berkongsi beberapa perkara berkaitan peranti baru mereka, termasuk berkenaan Sony Smartwatch 2 yang telah diumumkan sebelum ini. Menurut Sony, ia akan hadir ke pasaran Malaysia pada pertengahan Oktober.

Sony SmartWatch 2 adalah jam tangan pintar daripada pihak Sony, membolehkan ia dihubungkan ke sebarang peranti Android, dan pengguna boleh mengikuti notifikasi berkenaan dengan beberapa perkara daripada telefon pintar terus ke jam tangan pintar berkenaan.

Jam tangan pintar ini dijangka akan hadir ke pasaran tempatan sekitar 15 Oktober 2013.


TIPS & ULASAN