Panasonic Hadir Dengan Tablet Bersaiz 20-inci Dengan Paparan 4K

Panasonic Hadir Dengan Tablet Bersaiz 20-inci Dengan Paparan 4K

Diterbitkan pada Sep 5, 2013 oleh .

Dengan dunia tablet yang semakin mendapat perhatian ramai, hari ini, pihak Panasonic hadir dengan tablet berasaskan Windows, dimana menariknya, ia hadir dengan sokongan paparan 4K (pada resolusi 3840×2560 pixel).

Panasonic Toughpad 4K

Dinamakan sebagai Panasonic Toughpad 4K, tablet ini membawakan skrin bersaiz 20-inci, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 vPro, kad grafik NVIDIA GeForce GT 745M, memori sebanyak 8GB RAM, dan ruangan storan pilihan sama ada 128GB ataupun 156GB.

Memandangkan ia hadir dalam keluarga “Toughpad”, maka boleh dikatakan tablet ini direkabentuk dengan sokongan ketahanan yang lebih baik berbanding kebanyakkan tablet lain.

Tablet ini dijangka akan ditawarkan untuk pengguna perusahaan dan perniagaan, dimana sebuah lagi variasi tablet dengan prestasi dan spesifikasi tinggi akan hadir ke pasaran pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN