Qualcomm Turut Menyertai Arena Jam Tangan Pintar Melalui “Toq”

Qualcomm Turut Menyertai Arena Jam Tangan Pintar Melalui “Toq”

Diterbitkan pada Sep 5, 2013 oleh .

Samsung dan Sony, masing-masing sedia mengumumkan Galaxy Gear dan juga Smartwatch 2. Kini, nampaknya pihak Qualcomm yang terkenal dengan pengeluaran cip pemprosesan turut tidak ingin ketinggalan dan mengumumkan Qualcomm Toq.

Qualcomm Toq

Jam tangan pintar Qualcomm Toq disasarkan untuk telefon pintar Android, dimana ia turut hadir dengan sokongan skrin berwarna yang disesuaikan untuk pelbagai keadaan cahaya, disamping menggunakan sokongan pengecasan tanpa wayar untuknya.

Seperti biasa, ia akan membolehkan pengguna mengikuti pelbagai notifikasi daripada peranti Android mereka, terus pada Toq, selain mana membolehkan ia digunakan untuk tujuan mengawal lagu, serta melihat mesej SMS.

Walaupun ia akan dijual kepada umum, pihak Qualcomm nampaknya lebih memfokuskan supaya bekerjasama dengan pengeluar lain dalam menggunakan teknologi yang disertakan untuk pengeluaran peranti.

Qualcomm juga akan menawarkan aksesori berupa sebuah headset wireless, membolehkan pengguna menghubungkan ia ke Toq untuk tujuan mendengar lagu melaluinya.


TIPS & ULASAN