Lanjutan daripada pengumuman pihak Samsung pada awal pagi tadi untuk Galaxy Note 3, kini mereka telah pun sedia menerbitkan sebuah video pengenalan sepanjang lebih 6 minit, memperlihatkan fungsi-fungsi yang dibawakan melaluinya.
Melalui video berkenaan, Samsung memperlihatkan beberapa fungsi baru yang didatangkan, dimana kebanyakkannya adalah lebih kepada kemaskini fungsi, disamping menambah-baik lagi sokongan S-Pen terbina.
Galaxy Note 3 menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi kamera 13-megapixel, dan dijana menggunakan Android 4.3. Samsung juga turut menyertakan beberapa perkara tambahan, termasuk myMagazine melalui kerjasama dengan pihak Flipboard, disamping turut menyertakan sokongan sekuriti KNOX.
Samsung Galaxy Note 3 dijangka akan hadir ke pasaran tempatan pada 25 September ini.