Xiaomi Memperkenalkan Telefon Pintar MI3 Dan Xiaomi TV

Xiaomi Memperkenalkan Telefon Pintar MI3 Dan Xiaomi TV

Diterbitkan pada Sep 5, 2013 oleh .

Xiaomi telah menjadi perbualan ramai sejak akhir-akhir ini, apatah lagi dengan Hugo Barra yang menyertai syarikat berkenaan baru-baru ini. Hari ini, pengeluar peranti pintar dari China ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka kepada umum, iaitu Xiaomi MI3.

Xiaomi MI3

Xiaomi MI3 hadir dengan dua variasi cip pemprosesan, iaitu berasaskan Tegra 4 dan juga Snapdragon 800. Selain itu, ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, selain mana turut menyertakan bateri berkapasiti 3050mAh.

Pada bahagian kamera juga ia diberi penambah-baikkan, termasuk penggunaan aplikasi kamera MIUI terbaru yang membolehkan rakaman dalam bentuk RAW.

Bersama-sama dengan pengumuman telefon pintar baru mereka ini secara rasmi, pihak Xiaomi juga turut mengumumkan Xiaomi TV yang hadir dengan sokongan 3D, pada saiz 47-inci. Selain menjalankan variasi sistem operasi Android (MIUI), ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 600, memori 2GB RAM, dan turut hadir dengan sokongan WiFi dan juga Bluetooth 4.0.


TIPS & ULASAN