Cari @ Amanz

Newkia – Syarikat Singapura Ingin Membina Peranti Android Seumpama Nokia

Oleh Aman

Link Copied!

NewkiaPada hari Microsoft mengumumkan pengambil-alihan sebahagian dari Nokia, salah satu syarikat baru telah didaftarkan di Singapura, dinamakan sebagai Newkia, dimana telah dimulakan oleh bekas presiden Nokia SEA.

Daripada apa yang diketahui, Newkia ingin menggunakan pengetahuan teknologi dan rekaan telefon daripada Nokia dalam membina telefon pintar yang menjalankan Android.

Newkia mensasarkan untuk melancarkan telefon pertama mereka dalam masa setahun, tetapi ia masih bergantung kepada dana yang dikumpulkan, termasuk tenaga kepakaran yang menyertai mereka. Mengikut perancangan awal, Newkia ingin mengambil pekerja Nokia yang ingin membangunkan peranti Android, dan turut dikatakan beberapa bekas pekerja Nokia telah pun menyertai mereka.

Nokia Android

Dari segi pengurusan pula, pasukan R&D dijangka akan berasaskan di Finland, sementara syarikat Newkia ini akan berasaskan di Singapura. Peranti keluaran mereka pula dijangka akan lebih memfokuskan kepada para pengguna di Asia.

Jadi, sekiranya Newkia ini berjaya hadir dengan peranti mereka sendiri berasaskan Android, adakah anda akan membelinya?


Komen ()