WSJ hari ini melaporkan yang mana pihak Apple selain akan memperkenalkan sebuah iPhone versi bajet pada minggu hadapan, mereka juga sedang berkira-kira untuk hadir dengan iPhone bersaiz antara 4.8-inci hingga 6-inci.
Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui sama ada pihak Apple akan menawarkan iPhone pelbagai saiz ataupun sebaliknya.
Boleh dikatakan, akhir-akhir ini lebih ramai yang gemarkan telefon pintar bersaiz besar, ataupun yang dipanggil sebagai phablet. Samsung sendiri baru-baru ini telah memperkenalkan Galaxy Note 3 mereka pada saiz skrin 5.7-inci.
WSJ juga turut mengatakan yang mana pihak Apple dilihat agak berminat dengan ujian menggunakan skrin bersaiz 4.8-inci
Apa pun, pengumuman pada minggu hadapan dijangka akan masih mengekalkan saiz skrin menyerupai iPhone 5, iaitu bersaiz 4-inci.