Kemaskini Amber Hadir Untuk Pengguna Nokia Lumia 620 Di Malaysia

Kemaskini Amber Hadir Untuk Pengguna Nokia Lumia 620 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

Nokia Lumia 620 AmberNokia hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini Amber untuk para pengguna Lumia 620 di Malaysia, sekaligus membolehkan mereka menikmati beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya. Pengenalan ini adalah lanjutan daripada pengenalan untuk Lumia 920 dan Lumia 820 sebelum ini.

Melalui kemaskini Amber, pihak Nokia menyertakan beberapa perkara baru, dan antaranya adalah sokongan pemprosesan gambar yang lebih baik, disamping membawakan aplikasi Nokia Smart Cam. Beberapa fungsi lain turut disertakan melalui kemaskikni Lumia Amber ini.

Bagi pengguna Lumia 620 di Malaysia, anda boleh menyemak kemaskini pada halaman tetapan di peranti anda, dan memulakan proses kemaskini.


TIPS & ULASAN