Ketika pengenalan Galaxy Gear oleh Samsung tempoh hari, salah satu perkara yang tidak disukai ramai adalah apabila jam tangan pintar tersebut hanya menyokong Galaxy Note 3 dan juga Galaxy Note 10.1 sahaja ketika pelancaran.
Pada masa yang sama, Samsung turut mengatakan kemaskini perisian akan diperkenalkan untuk Galaxy S3, S4 dan Note 2 untuk menggunakan jam tangan pintar ini, sekaligus memberikan idea yang mana ia hanya akan menyokong peranti keluarga Galaxy sahaja.
Daripada apa yang dikongsikan Samsung, ia dikatakan sokongan untuk peranti Android lain akan hadir, tetapi mungkin mengambil sedikit masa untuknya.
Galaxy Gear menggunakan sokongan Bluetooth 4.0 LE, yang mana sedia terdapat pada Android 4.3, memberikan idea yang mana ia mungkin diperkenalkan kepada peranti Android 4.3 yang lain tidak lama lagi.