Celcom Mungkin Mengatasi Maxis Untuk Menjadi Penyedia Rangkaian Nombor Satu Negara

Celcom Mungkin Mengatasi Maxis Untuk Menjadi Penyedia Rangkaian Nombor Satu Negara

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

Maxis pada hari ini adalah penyedia perkhidmatan rangkaian dengan angka pelanggan yang tertinggi di Malaysia. Namun, hari demi hari, ia kelihatan pihak Celcom sedang merapatkan jurang tersebut.

Mengikut apa yang dikongsikan pihak CIMB Research, ia dikatakan DiGi menambah penjanaan pendapatan perkhidmatan mudah-alih mereka sebanyak 0.6%, manakala Maxis dilihat kehilangan sebanyak 0.4%.

Perkara sama juga dari segi pegangan pasaran, dimana kini Celcom memegang sebanyak 35.1%, hanya kurang 2.2% daripada Maxis.

Sekiranya trend ini berterusan, ia dijangka yang mana pihak Celcom akan mengatasi Maxis, serta menjadi syarikat telekomunikasi paling besar di Malaysia dalam tempoh setahun.

Namun, pihak Maxis sendiri kini dalam penstrukturan, dimana CEO baru mereka, Morten Lundal akan menyertai Maxis pada 1 Oktober ini.

Jadi, mungkinkah pihak Maxis akan dapat kembali memegang pasaran pelanggan mudah-alih sehingga 50% seperti 2007 yang lepas, ataupun akan menjadi syarikat kedua dibelakang Celcom dalam tempoh setahun lagi?


TIPS & ULASAN