Samsung Menerbitkan Video Pandang Pertama Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear

Samsung Menerbitkan Video Pandang Pertama Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

Selain video promosi ringkas untuk Galaxy Note 3 yang diterbitkan semalam oleh pihak Samsung, hari ini mereka turut sama hadir dengan sebuah video sepanjang 18 minit, memperlihatkan dengan lebih dekat peranti baru mereka tersebut.

Seperti semua sedia maklum, Galaxy Note 3 hadir dengan Android 4.3, dilengkapi skrin bersaiz 5.7-inci, disamping mana turut membawakan sedikit kemaskini pada rekaan peranti Samsung. Selain kemaskini peranti, Samsung juga turut sama membawakan penambahan sokongan S-Pen, disamping kebolehan multi-tasking yang lebih baik.

Galaxy Gear pula merupakan jam tangan pintar daripada Samsung, membolehkan pengguna mengikuti beberapa kemaskini notifikasi, disamping menggunakan pelbagai aplikasi menarik, termasuk untuk kesihatan dan sukan melaluinya. Berbeza dengan kebanyakkan jam tangan pintar, ia juga turut dilengkapi dengan sokongan kamera, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakannya.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan hadir ke pasaran tempatan pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN