Pandang Pertama : Sony Xperia Z1

Pandang Pertama : Sony Xperia Z1

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

Xperia Z1

Semalam, pihak Sony telah hadir dengan beberapa peranti baru, tetapi yang menjadi pengumuman utama daripada mereka adalah telefon pintar terbaru – Sony Xperia Z1 yang berasaskan kepada Android 4.2, dan dilengkapi dengan antaramuka khas daripada Sony.

Spesifikasi Xperia Z1
Cip Qualcomm Snapdragon 800 2.2GHz
Kamera Belakang 20.7-megapixel G-Lens
Kamera Hadapan 2-Megapixel
Storan Terbina 16GB
Memori 2GB RAM
Skrin 5-inci Triluminos
Sistem Operasi Android 4.2 Jelly Bean

Xperia Z1 masih mengekalkan ciri-ciri rekabentuk seumpama Xperia Z, tetapi membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan butang fizikal untuk kamera, dan juga turut membawakan ruangan audio-jack yang terbuka untuk memudahkan pengguna memasang headset atau earphone.

Walaupun dengan ruangan terbuka, ia masih membawakan sokongan kalis air dan juga debu, membolehkan pengguna menggunakannya untuk pelbagai aktiviti. Sokongan butang fizikal juga turut membolehkan ia digunakan untuk tujuan rakaman di dalam air.

Jikalau dibandingkan dengan Xperia Z, telefon pintar Sony Xperia Z1 ini kelihatan sedikit panjang.

Salah satu perkara yang diberikan perhatian oleh pihak Sony pada telefon pintar Xperia Z1 ini adalah sokongan bahagian kamera, dimana ia didatangkan terbina dengan lensa-G 20.7-megapixel.

Untuk melengkapkan sokongan kamera ini, Sony turut sama menambah-baik fungsi-fungsi pada bahagian aplikasi kamera, dimana ia membolehkan pengguna membuat beberapa perkara menarik seperti InfoEye, AR Effect, dan sebagainya.

Xperia Z1

Sebagai contoh, melalui AR Effect – pengguna boleh memperlihatkan beberapa animasi maya pada sesuatu lokasi, dan menggunakannya ketika merakamkan sesuatu gambar.

Xperia Z1 ini juga turut membawakan sokongan rakaman burst-shot sehingga 60 keping dalam masa kurang 2 saat, sekaligus memberikan pilihan gambar yang menarik untuk pengguna.

Pada bahagian tetapan juga, pihak Sony menambah beberapa perkara, disamping mana pada bahagian aplikasi, kini pengguna boleh menguruskan aplikasi melalui sebuah panel khas yang disediakan apabila pengguna leretkan jari dari bahagian kiri peranti. Implementasi bahagian menu khas ini boleh dikatakan menyerupai sokongan multi-tasking pada peranti Samsung, mahupun seumpama bahagian menu pada Ubuntu Touch.

Xperia Z1

Sony juga turut memfokuskan kepada bahagian kandungan, dimana beberapa kandungan dijangka akan didatangkan terbina bersama-sama peranti berkenaan.

Sony Xperia Z1 ini akan dijual di Malaysia bermula awal Oktober, dan harganya dijangka akan diumumkan pada hari pelancaran di Malaysia.

Namun, bagi kami sendiri, memandangkan telefon pintar ini lebih kepada memfokuskan sokongan kamera, maka mungkin lebih ramai yang akan berminat mendapatkan Cyber-shot QX sebagai aksesori tambahan untuk telefon pintar mereka, berbanding telefon pintar ini sendiri.


TIPS & ULASAN