Aplikasi Flipboard Akan Hadir Ke Beberapa Peranti BlackBerry 10.2

Aplikasi Flipboard Akan Hadir Ke Beberapa Peranti BlackBerry 10.2

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

FlipboardFlipboard boleh dikatakan salah satu aplikasi yang menjadi permintaan ramai pengguna peranti mudah-alih, apatah lagi dengan kebolehan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dari laman-laman kegemaran dan juga perkhidmatan sosial dengan mudah.

Ia sedia ditawarkan untuk Android dan iOS, selain mana akan datang ke Windows Phone tidak lama lagi. Dan kini, melalui sebuah Tweet, ia diperlihatkan yang mana Flipboard turut sama akan hadir ke beberapa peranti Blackberry 10.2.

Berkemungkinan ia akan dioptimasikan untuk peranti skrin sentuh sepenuhnya terlebih dahulu (seperti Z10), sebelum ia diperluaskan kepada peranti berasaskan QWERTY seperti Q10.

Tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini. Pihak BlackBerry sendiri dijangka akan memperkenalkan kemaskini BlackBerry 10.2 dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN