Gambar Phablet Nokia Lumia 1520 Tertiris

Gambar Phablet Nokia Lumia 1520 Tertiris

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

Ura-ura mengenai Nokia Lumia 1520 ataupun yang turut dikenali dengan Nokia “Bandit” ini bukan sesuatu yang baru. Terkini, sebuah gambar hadir daripada @evleaks, memperlihatkan rekabentuk peranti berkenaan dengan lebih jelas.

Nokia Lumia 1520

Seperti semua sedia maklum, ia dijana menggunakan Windows Phone 8, dan membawakan skrin bersaiz sekitar 6-inci dengan paparan 1080p. Daripada rekabentuk peranti ini, ia masih mengekalkan ciri-ciri peranti Lumia sebelum ini, disamping turut dilihat membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Lumia 1520 ini juga turut sama dijangka akan dilengkapi dengan sistem operasi Windows Phone 8 terkini yang akan membawakan beberapa sokongan baru bersama-sama dengannya.

Jadi, apa kata anda berkenaan phablet Windows Phone 8 ini?


TIPS & ULASAN