Apple Dijangka Melancarkan OS X 10.9 Mavericks Kepada Umum Pada Penghujung Oktober

Apple Dijangka Melancarkan OS X 10.9 Mavericks Kepada Umum Pada Penghujung Oktober

Diterbitkan pada Sep 6, 2013 oleh .

Sementara ramai yang membuat spekulasi Apple akan melancarkan iOS 7 dan OS X Mavericks pada September ini, namun, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan OS X Maverics hanya akan hadir untuk pengguna Mac pada bulan Oktober kelak.

Perkara ini dikatakan membolehkan Apple memfokuskan sepenuhnya kepada pembangunan iOS 7, yang dijangka akan dilancarkan dalam beberapa minggu ini.

Ia juga turut dikatakan, mengikut trend sebelum ini, Apple telah melancarkan OS X Lion dan juga OS X Mountain Lion selepas pengumuman kewangan syarikat, yang biasanya diadakan pada bulan Oktober.

OS X Mavericks membawakan beberapa pembaharuan, termasuk sokongan aplikasi iBooks dan Apple Maps, selain turut menyertakan sokongan notifikasi pada skrin utama, pelayar web Safari yang baru, dan beberapa fungsi lain.


TIPS & ULASAN