Sony VAIO Flip PC Hadir Dengan Skrin Boleh Ubah Untuk Pelbagai Kegunaan

Sony VAIO Flip PC Hadir Dengan Skrin Boleh Ubah Untuk Pelbagai Kegunaan

Diterbitkan pada Sep 7, 2013 oleh .

Ingatkah lagi dengan iklan origami yang diperlihatkan Sony sebelum ini. Lanjutan daripadanya, di IFA 2013, pihak Sony turut sama mengumumkam siri komputer riba terbaru mereka, iaitu Sony VAIO Flip PC.

Sony VAIO Flip PC

Sony VAIO Flip PC membolehkan pengguna seperti biasa menggunakannya sebagai komputer riba, ataupun turut memusingkan skrin untuk menjadi tablet. Pengguna juga turut boleh mengubah kedudukan skrin untuk menggunakan sebagai pemain media ataupun untuk tujuan pembentangan kepada pihak lain.

VAIO Flip PC ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan saiz skrin, iaitu 13-inci, 14-inci dan juga 15-inci. Seperti kebanyakkan komputer riba baru, VAIO Flip PC ini turut dilengkapi dengan cip Intel Core generasi ke-4, menggunakan ruangan storan berasaskan SSD, serta didatangkan dengan pilihan kad grafik NVIDIA.

Sony juga turut sama mengintegrasikan sokongan NFC pada komputer riba mereka ini, selain mana turut menyertakan perisian ArtRage Studio, juga Sony Imagination Studio VAIO Edition, dan beberapa perisian lain.


TIPS & ULASAN