BBM Untuk iPhone Dikatakan Telah Dihantar Untuk Tujuan Pengesahan Oleh Apple

BBM Untuk iPhone Dikatakan Telah Dihantar Untuk Tujuan Pengesahan Oleh Apple

Diterbitkan pada Sep 7, 2013 oleh .

Setiap aplikasi untuk iOS, akan melalui fasa pengesahan oleh pihak Apple, dan kini salah seorang eksekutif di BlackBerry mengatakan mereka telah menghantar aplikasi BBM untuk iOS bagi tujuan pengesahan lebih kurang dua minggu yang lepas.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak BlackBerry akan melancarkan BBM untuk iOS dan juga Android. Mengikut apa yang dijanjikan mereka, ia sepatutnya sekitar bulan ini.

Dengan perkongsian ini juga, ia kelihatan yang mana pengenalan BlackBerry Messenger untuk iOS dan juga Android adalah semakin hampir, apatah lagi dengan sebuah video tertiris sebelum ini memperlihatkan penggunaan aplikasi berkenaan pada peranti Android.


TIPS & ULASAN