Cari @ Amanz

Evernote sebelum ini telah memperkenalkan versi beta untuk perisian desktop versi Windows mereka, dan kini akhirnya telah pun melancarkan secara rasminya versi stabil untuk Evernote 5.

Evernote Windows

Evernote 5 membawakan kemaskini dari segi antaramuka, dan pada masa yang sama masih memfokuskan kepada kebolehan mengambil nota dengan mudah dan menyimpannya pada akaun Evernote, selain mengakses ia menggunakan pelbagai platform.

Evernote 5 juga turut menyertakan sokongan untuk Shortcuts, membolehkan pengguna menyimpan nota mereka, notebook, tag dan sebagainya serta memudahkan mereka membuat carian dan juga mengaksesnya pada kemudian hari. Menggunakan Shortcut juga, pengguna boleh melihat sesuatu nota dengan pelbagai info, termasuk senarai tag melalui paparan tiga lajur pada aplikasi berkenaan.

Pada masa yang sama, Evernote 5 turut menyertakan sokongan Reminders, membolehkan pengguna membuat sesuatu nota dan seterusnya menetapkan alarm untuk sesuatu nota.

Evernote 5 boleh dimuat-turun oleh pengguna Windows yang menggunakan versi Windows XP dan terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd