Paparan Skrin Windows Phone 8 GDR3 Hadir Memperlihatkan Beberapa Fungsi Baru

Paparan Skrin Windows Phone 8 GDR3 Hadir Memperlihatkan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Sep 7, 2013 oleh .

Dengan beberapa peranti utama Windows Phone 8 yang telah mula menerima kemaskini GDR2, semestinya ramai yang sedia menantikan kemaskini seterusnya, yang akan dikenali dengan nama GDR3 (General Distribution Release 3).

Dengan laporan berkaitan Nokia Lumia 1520 yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini, info mengenai Windows Phone 8 GDR3 juga turut kedengaran, dan terkini beberapa paparan skrin untuknya mula hadir ke arena web.

Windows Phone GDR3

Windows Phone GDR3

Melalui apa yang diperlihatkan, kemaskini GDR3 ini akan membawakan beberapa sokongan baru, termasuk kebolehan untuk mengunci screen rotation, sokongan fungsi Driving Mode yang membolehkan pengguna untuk mengawal sokongan panggilan dan teks, serta kebolehan untuk mematikan aplikasi ketika dalam mod paparan multi-tasking.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan pada peranti baru seperti Nokia Lumia 1520 terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan kepada beberapa peranti Windows Phone 8 sedia ada.


TIPS & ULASAN