Mari Mengenali HDMI 2.0

Mari Mengenali HDMI 2.0

Diterbitkan pada Sep 7, 2013 oleh .

Pada IFA 2013, selain pengumuman beberapa peranti baru, pihak HDMI Forum juga telah menghadirkan diri, sekaligus memperlihatkan piawaian terbaru daripada mereka untuk teknologi kabel HDMI, dinamakan sebagai HDMI 2.0.

HDMI 2.0 merupakan kemaskini kepada piawaian sedia ada, dimana ia membawakan beberapa sokongan baru, termasuk kebolehan memainkan video 4K pada kadar frame yang lebih tinggi.

Perkara ini dijayakan melalui integrasi kebolehan untuk memindah data pada kelajuan yang lebih tinggi, iaitu sehingga 20 gigabit sesaat. Ia memperlihatkan peningkatan sekali ganda berbanding versi HDMI sedia ada yang, dimana ia hanya sekadar membolehkan pengguna menghantar video ke TV pada kelajuan sehingga 10 gigabit sesaat. Dengan erti kata lain, ia membolehkan pengguna memainkan video 4K berkualiti 2160p pada kadar 60fps berbanding hanya 30fps sedia ada.

HDMI 2.0 juga turut sama membawakan sokongan backward, membolehkan pengguna sedia ada menggunakan kabel yang sama.

Disamping yang sama, selain memainkan video sehingga 4K pada kadar 60fps, HDMI 2.0 juga turut sama membawakan sokongan sehingga 32 saluran audio, sekaligus memberikan pengalaman audio yang lebih baik.

Beberapa sokogan lain yang turut sama akan didatangkan melalui HDMI 2.0 adalah termasuk sokongan penstriman dua video pada satu skrin yang sama, dimana mungkin digunakan untuk beberapa perkara, termasuk ketika memainkan permainan video dan sebagainya. HDMI 2.0 juga turut sama menyertakan kebolehan untuk memainkan video pada kadar 21:9.

Pembangunan HDMI 2.0 masih lagi pada peringkat awal, dan pihak HDMI Forum sedang mencari lebih ramai pihak yang ingin menyumbang kepada spesifikasi HDMI 2.0 ini.

Peranti-peranti yang menggunakan spesifikasi HDMI 2.0 ini dijangka akan diperkenalkan secara meluas di pasaran bermula tahun 2014 kelak.


TIPS & ULASAN