Cari @ Amanz

Bagi pengguna Android, mungkin ramai yang menantikan aplikasi rasmi Twitter yang dioptimasikan untuk skrin tablet. Pada pengumuman Galaxy Note 10.1 yang baru, aplikasi Twitter yang dioptimasikan untuk skrin tablet turut disertakan, dan kini fail APK untuknya telah pun tertiris ke arena web.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Twitter secara rasminya akan memperkenalkan aplikasi berkenaan di Google Play Store. Namun, bagi pengguna tablet Android, anda boleh mencubanya sendiri dengan memuat-turun fail APK, dan memasangnya pada tablet anda.

Twitter Tablet

Twitter Tablet

Melalui aplikasi Twitter rasmi yang dioptimasikan untuk tablet ini, ia memaparkan menu pada bahagian tepi kiri, dan senarai Tweet pada bahagian kanan. Pengguna juga boleh melihat perbualan sesuatu tweet itu dengan klik padanya, dan ia akan dibuka pada sebuah lajur ketiga pada bahagian kanan.

Pada halaman profil pula, pengguna dipaparkan dengan kandungan media seperti video dan gambar pada lajur kanan.

Apabila menggunakan tablet secara menegak, tiada sebarang perubahan drastik yang dipaparkan, selain daripada hanya menu pada bahagian kiri, dan yang lainnya mengikut paparan aplikasi sedia ada.

twitter-tablet_04

Bagi pengguna tablet Android yang berminat, anda boleh memuat-turun fail APK-nya hari ini, ataupun menantikan pengumuman rasmi daripada pihak Twitter berkenaan dengan pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd