Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Kim Dotcom telah pun meninggalkan jawatan beliau sebagai pengarah Mega, sekaligus membolehkan beliau fokus pada perkhidmatan muzik baru, yang mana dikenali dengan nama Baboom.

Perkhidmatan muzik baru ini masih belum bersedia sepenuhnya, dan mungkin akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Melalui Baboom, Kim Dotcom berharap agar ia dapat merevolusikan industri muzik, sekaligus memberikan kawalan penuh kepada artis ke atas karya mereka.

Untuk menjayakannya, Kim Dotcom mengatakan mereka telah sedia mempunyai beberapa artis terkemuka untuk perkhidmatan tersebut.

Baboom kelak akan memberikan akses percuma kepada muzik untuk pengguna umum, dimana artis akan menjana pendapatan melalui pengiklanan yan diperlihatkan. Selain daripada muzik percuma, pengguna juga boleh melanggan perkhidmatan muzik tersebut pada suatu kadar bulanan dan menggunakan Baboom bebas daripada iklan.

Melalui Baboom ini juga Kim Dotcom mengatakan ia akan membolehkan kadar cetak rompak karya dikurangkan, sekaligus membolehkan artis menjana pendapatan melalui karya mereka.

Seperti biasa, ia masih pada peringkat awal lagi. Dan semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah bagaimanakah ia kelak akan menyaingi beberapa perkhidmatan sedia ada, contohnya seperti Spotify atau Deezer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd